Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

5

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sudah 57 tahun kita mendengar laungan ini berkumandang pada setiap 31 Ogos, iaitu satu tarikh yang mengajak kita memperingati hari kemerderdekaan Malaysia. Bila sebut sahaja 'merdeka' perkara pertama yang muncul difikiran adalah bebas dari penjajah, tanpa kita sedar, erti kemerdekaan sebenarnya lebih dari itu. 

Memang benar signifikasi kemerdekaan lahir daripada bebas dari penjajah hasil perjuangan prajurit negara yang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu dari British dan Jepun.  Kini, tiada lagi penjajah dan sudah 57 tahun kita mampu berdiri di atas kaki sendiri dan kemerdekaan itu berdiri di atas dasar keamanan dan perpaduan. Oleh itu tugas generasi sekarang adalah untuk mengekalkan kemerdekaan itu.


Kehebatan teknologi masa kini boleh menjadi penyebab kepada kemusnahan perpaduan. Media sosial bukanlah medium untuk kita melepaskan geram, kerana tindakan itu bakal mencetuskan kemarahan, boleh menimbulkan sensitiviti perkauman dan keagamaan. Fikir dahulu sebelum menyebarkan apa-apa maklumat di laman sosial. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak 'status' buruk padahnya. 

Sedar tentang peperangan yang mengorbankan rakyat yang tidak berdosa Palestin dan pergolakkan politik yang berlaku di beberapa negara membuatkan saya rasa bertuah kerana lahir di bumi bernama Malaysia. Bangun pagi dengan secawan kopi tanpa bunyi dentuman bom, tanpa berita tentang kanak-kanak terbunuh akibat peperangan di negara sendiri. Jadi kita harus bersatu supaya keharmonian ini dapat dikekalkan.

 photo mh17banner.jpg


Tahun 2014 Malaysia menerima dugaan hebat iaitu dua pesawat Malaysia Airlines menjadi tragedi yang menggemparkan dunia. Kehilangan pesawat MH370 dan MH17 pula ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Tidak ada satu negara pun yang mahu perkara seperti ini berlaku. Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dua tragedi ini secara tidak langsung menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan fahaman politik mendoakan yang terbaik  dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 dan MH17. 

Mengibarkan bendera dan berarak di dataran merdeka belum cukup untuk menggambarkan kecintaan kita terhadap negara. Bersatu padu dan tidak mencetuskan apa-apa yang boleh mengakibatkan perpecahan sudah cukup untuk mengekalkan kemerdekaan.

"Jangan tanya apa sumbangan negara terhadap kamu, tapi apa sumbangan kamu terhadap negara". Klise tapi benar. 


Entry ini ditulis bersempena Hari Kemerdekaan ke-57, dan menyahut cabaran dari blog Denaihati. Selamat Hari Merdeka, dari Nikkhazami Says.

Previous entry: Di Sini Lahirnya Sbuah Cinta dari BLOGGER
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. merdeka merdeka merdeka

    laungan merdeka masih lagi bergema

    merdeka bukan hanya pada fizikal, tapi pada rohani juga

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 57

    ReplyDelete
  3. ya. sayangilah negara anda. hoho

    ReplyDelete
  4. Salam kemerdekaan ke-57 buat Nik Khazami... cintailah negara kita sepenuhnya. Di sini lahirnya sebuah cinta.

    ReplyDelete
  5. billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top