Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

4

Di sini lahirnya sebuah cinta merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, diambil dari bait-bait lirik lagu Warisan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Jelas sekali lagu ini mengajak kita memperingati serta menghargai kebebasan Malaysia yang kita cintai.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menyemarakkan rasa patriotisme, tidak kira bidang apa yang diceburi sama ada pendidikan, perubatan, perniagaan, penjawat awam mahupun swasta. Namun dalam arus teknologi pada hari ini kita jangan lupa kepada para blogger yang mewarnai dunia tanpa sempadan, di mana segala informasi diperoleh dihujung jari.

NICHE BLOG

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Bagi blogger yang berpaksikan 'travel' sebagai niche blog, mereka boleh mempromosikan lokasi yang sering menjadi perhatian pelancong. Bahkan, mengetengahkan 'unsung places' di Malaysia iaitu tempat menarik tetapi jarang disebut dan diketahui umum. Cara ini cukup berkesan dalam memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang lokasi kurang popular di Malaysia daripada mengagung-agungkan percutian luar negara. 

Header dan Banner

Menampal header dan banner yang bertemakan Hari Kemerdekaan, ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan oleh para blogger. Namun, jangan la pula header dan banner ini hanya muncul pada bulan Ogos sahaja. Seharusnya ia hadir bersama entry yang bertemakan kemerdekaan.

Entry bertemakan kemerdekaan

Bebas dari penjajah bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dikecapi dan sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kerana hidup di dalam negara yang aman. Sedar dengan krisis politik dan peperangan yang berlaku di negara membuatkan ramai blogger terpanggil untuk mengarang entry memaparkan perbezaan rakyat negara yang mengalami krisis dengan rakyat Malaysia. Betapa bertuahnya kita dapat menghirup udara segar dan tanpa bunyi dentuman bom, dan tanpa pertumpahan darah.


"The word is mightier than the sword", jika kita tidak mampu berperang zahirkanlah rasa cinta terhadap negara dalam bentuk penulisan.

-------------------------------------------
Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger ini dianjurkan oleh HasrulHassan



Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Selamat bersegmen Nik Khazami. Salam kemerdekaan ^__^

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan buat Nik Khazami, moga terpilih.

    ReplyDelete
  3. selamat bersegment dan semiga berjaya. juga selamat menyambut kemerdekaan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top