Keluar Duit di Mesin ATM kena GST

4

Seperti yang kita semua tahu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula berkuatkuasa 1 April 2015 ini. Pelbagai khabar angin tetang beberapa perkhidmatan seperti keluarkan duit dari mesin ATM dan topup akan dikenakan GST mula meresahkan pengguna.

Terkini, MEPS Malaysia mengeluarkan kenyataan pengguna yang melakukan transaksi pengeluaran wang di mesin automatik (ATM) akan dikenakan GST sebanyak 6% iaitu  RM1.06.

Namun, caj 6% itu hanya akan dikenakan jika anda membuat pengeluaran melalui mesin ATM selain dari kad bank anda. Contohnya, jika anda pemilik kad bank CIMB dan melakukan mengeluaran dari mesin ATM Maybank, anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06.

Jika anda membuat pengeluaran dari mesin ATM yang sama dengan kad bank anda, tiada sebarang caj dikenakan.


Hanya RM1.06


Selain itu, caj 6% itu hanya akan dikenakan ke atas transaksi dan BUKANNYA jumlah pengeluaran. Ini bermakna anda hanya akan di caj sebanyak RM1.06 walau sebanyak mana wang yang dikeluarkan.


Jelaskan? Lepas ni kena guna mesin ATM ikut kad bank kecuali kalau terdesak. Bukan nak melodramatik, tapi tak sayang ke? RM1.06 tu dah boleh beli coconut shake kat pasar malam. 


Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam rasa-rasa lepas ni kan, nak keluar duit one shot jer... hu hu hu...sebab kalau banyak kali keluar, banyak kali ler kena GST kan?

    ReplyDelete
  2. so lepas ni kena keluar dari bank yang sama lah , nak save 6%

    ReplyDelete
  3. Kan... Thanks for the info sebab ramai yang confused

    ReplyDelete
  4. Sekarang ini ramai yang dah semacam tak puas hati dengan perlaksanaan GST. Yang tak sepatutnya kena bayar GST tetapi dichargenya juga.

    Hidup dah susah, makin susah lagi dengan perlaksanaan GST.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top