JERSI TERKINI KELANTAN MAC 2015

1

Pasukan Kelantan hari ini telah melancar jersi terbaharu bagi mengharungi Liga Malaysia 2015. Jersi terbaharu yang masih mengekalkan konsep checkered (berpetak) ini dilihat lebih segar berbanding jersi musim-musim lalu.

Majlis pelancaran jersi itu berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu dan sempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, sambil disaksikan penyokong setia Kelantan. 

Pemain akan mengenakan jersi merah-putih bagi perlawanan (home) dan putih-merah untuk perlawanan (away). Manakala penjaga gol mengenakan jersi warna merah jambu-hitam dan oren. 

Pemain Kelantan akan mengenakan jersi baharu ini buat pertama kali dalam saingan Liga Super menentang Felda United pada 14 Mac ini. 

Berikut adalah gambar jersi terkini pasukan Kelantan 2015






 gambar: TRWFC/gawang.my

Ini merupakan kali kedua skuad The Red Warrior melancarkan jersi pada musim ini. Anda boleh rujuk entri INI untuk tengok design jersi pertama.


 

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Cantik-cantik jersi bola kelantan ni. Kan best kalau boleh belikan untuk anak-anak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top