(Sinopsis) Teman Lelaki Upahan di Tv3

3


Selepas 'Istikharah Cinta' berakhir jumaat lalu,  Tv3 menghidangkan penonton setianya dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru, TEMAN LELAKI UPAHAN di Slot Akasia. Teman Lelaki Upahan diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yag sama, karya Azura Rasiddin.

Teman Lelaki Upahan arahan Azma Aizal Yusuf ini dibintangin pelakon berbakat seperti Siti Elizad Ungku Ismail Aziz, Izara Aishah, dan ramai lagi.

Drama ini bakal bersiaran sebanyak 28 episod bermula 9 Februari 2015, setiap Isnin hing Khamis, jam 6.55pm di Tv3.




Sinopsis Teman Lelaki Upahan di Slot Akasia

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

sumber


OST/Lagu Tema Teman Lelaki Upahan


Jemput singgah ke artikel contest Malaysia Best Blog 2015. Hadiah utama: RM1,500!


Artikel sebelum ini: Malaysia Best Blog 2015
Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Hurm... dari tajuk dah boleh agak kesudahannya nih kan...

    http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

    ReplyDelete
  2. udahh..

    main upah-upah plak dia..

    ReplyDelete
  3. hehe. lepas ni bukan upah jadi teman lelaki nik. da siap upah jadi suami pula. tajuk drama da patot kena tukar :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top