(Sinopsis) Tabir Zulaikha di Tv3

0

Menyusuli drama Zahira yang telah melabuhkan tirainya, penonton Tv3 bakal dihidangkan dengan sebuah lagi drama bersiri terbaharu bertajuk TABIR ZULAIKHA di Slot Samarinda.

Drama terbitan Creative Skill Solution ini mendapat sentuhan pengarah Kas Roshan dan skrip ditulis oleh Nieza Nahar.

Tabir Zulaikha turut membariskan pelakon Aiman Hakim dan Tasha Shila sebagai teraju utama dan dibantu oleh Aidil Aziz, Datuk Jalaludin Hassan, Ema Akma Yunus, Nazeera Sardi, Ramli Salleh, dan ramai lagi.



Tabir Zulaikha bakal menemui penonton mulai 28 Januari 2015, setiap Rabu dan Khamis, jam 10 malam, di Tv3.

Sinopsis Tabir Zulaikha

Tabir Zulaikha mengisahkan takdir seorang gadis bernama, Ain Zulaikha (Tasha Shila) yang sangat cantik dan bijak. Zulaikha adalah satu-satunya anak kepada Zamrin dan Salmi. 

Dek kerana kecantikan dan kebijaksaannya, membuatkan dia turut disayangi oleh pengurus bapanya, Datuk Aziz (Datuk Jalaludin Hassan) dan Wan Rozita. Sebelum kematian Wan Rozita, dia meminta Zulaikha untuk berkahwin dengan Datuk Aziz. Oleh kerana budi baik keluarga Datuk Aziz, keluarga Zulaikha bersetuju dengan permintaan itu. 

Maka bermulalah pelbagai dugaan dan pengorbanan cinta Zulaikha terhadap Adami (Aiman Hakim), yang juga anak angkat kepada Datuk Aziz. Tempias itu turut dirasai oleh anak Wan Rozita, Feroz (Aidil Aziz) yang juga sukakan Zulaikha. Namun, sejauh manakah pengorbanan itu perlu ditempuhi Zulaikha?


OST / Lagu Tema Tabir Zulaikha




Previous entry: Percutian Menarik di Hatyai - Part 1

 
Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top