CARA KEKAL SEGAR DI BULAN RAMADAN

7


Sedar tak sedar sudah masuk minggu kedua umat Islam berpuasa, Ramadan merupakan masa terbaik untuk melakukan ibadah kepada Allah dan berbuat baik sesama manusia.

Oleh itu umat Islam perlu bijak dalam menjaga cara pemakanan dan kesihatan tubuh badan dalam memastikan kita sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang bulan Ramadan.

Berikut merupakan beberapa tips untuk kekal segar dan cergas di bulan puasa


1. Minum air yang mencukupi

Pengambilan air yang banyak sewaktu sahur dan berbuka amatlah penting bagi memberi tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Selain mencegah dari dehidrasi, meminum air dengan kuantiti yang banyak dapat menggantikan semula air yang hilang semasa berpuasa.

2. Bersahur

Selain mengikut sunnah Rasulullah SAW, sahur umpama sarapan pagi yang boleh membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari. Pengambilan makanan yang bergula dapat meningkatkan glukos dalam darah. Bersahur mampu menyuntik tenaga kepada tubuh berbeza dengan orang yang tidak bersahur, mereka akan mudah rasa letih dan tidak bermaya.

3. Elak makanan berempah

Elakkan daripada mengambil makanan berempah, pedas, dan berminyak. Kulit kita lebih cenderung untuk menyerap minyak daripada makanan jenis ini pada kadar yang lebih cepat. Seterusnya meningkatkan pengeluaran minyak dan air dari badan. Makan makanan yang membekalkan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan ubi kerana ia membolehkan anda bertahan lapar lebih lama.

4. Makan Sayuran
Digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berbuka. Sayuran mampu menambahkan zat dan tenaga, the greener, the better.


5. Kurma

Kurma memiliki banyak kebaikkan di bulan puasa, ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang boleh membekalkan tenaga segera kepada badan. Selain itu ia juga mempunyai serat yang sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan.


6. Mandi

Air sejuk adalah yang terbaik untuk kulit pada bulan puasa kerana ia dapat membantu melega dan mengelakkan kulit dari kering. Elakkan mandi dengan air panas.

Sebahagian info saya cedok dari Reader's Digest edisi 2010... :)

Jemput singgah ke entri contest, BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK.


Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. terima kasih berkongsikan info menarik ini..

    ReplyDelete
  2. nice info
    part mandi tu paling betoii. Lepas mandi fresh ja rasa . Hahaha

    ReplyDelete
  3. dan rajin-rajin la bersahur ye.

    ReplyDelete
  4. dan rajin-rajin la bersahur ye.

    ReplyDelete
  5. salam, bukan ke makruh ke mandi pada bulan puasa?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top