Cabaran Review Entri Denaihati

9

Denaihati, salah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya kepada blogger tempatan. Pernah beberapa kali menangi anugerah Malaysia Social Media Week (MSMW). Pemiliknya, Tuan Hj Amir Hassan bukan sahaja seorang blogger sepenuh masa, tetapi juga seorang usahawan.

Denaihati sering mengadakan event kepada blogger khususnya Sepetang Bersama Blogger, dan kerap menganjurkan contest yang menawarkan hadiah lumayan buat blogger. Saya sendiri pun telah beberapa kali memenangi wang tunai menerusi beberapa contest/review seperti Fakta Tentang Masjid Al Aqsa, Review Muka Baru Denaihati.

Terbaharu Cabaran Duit Raya 2014, dan turut menjadi salah seorang penaja kepada contest Buffet Ramadhan Casa Ombak yang sedang berlangsung. 

Kalau nak review entry terbaik Denaihati, tak terkira banyaknya. Tapi saya ada beberapa entry favorite yang menjadi pilihan.

Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014

Sempena Aidilftri yang bakal tiba, Denaihati sekali lagi bermurah hati untuk memberi duit raya kepada blogger dengan menganjurkan Cabaran Duit Raya Aidilfitri yang turut menerima tajaan dari Asamboi.my. Cabaran duit raya kali ini terbahagi kepada tiga iaitu: 



1. Cabaran penulis komen terbanyak mingguan

- Terbuka kepada semua pembaca blog Denaihati
- Wajib memasang salah satu banner Denaihati  
- Penulis komen terbanyak dipilih setiap minggu berdasarkan jumlah komen terbanyak yang ditulis dalam waktu yang ditetapkan.
- 7 pemenang akan di ambil pada jam 10 am pada 18/7/2014, 25/7/2014, 1/8/2014 dan 8/8/2014

2. Memberi Trafik Terbanyak kepada blog Denaihati

- Blog anda peru memberi trafk terbanyak kepada blog Denaihati
- Blog yang dapat memberi trafik sebanyak jumlah 10k dan lebih pada 11/7/2014 - 11.59 pm, 8/8/2014 akan mendapat bonus berjumlah RM500.
- Wajib memasang salah satu banner Denaihati 

3. Menulis Review Entri Denaihati Terbaik

- Review mesti melebihi 400 perkataan, mempunyai sekurang-kurang tiga gambar, backlinks kepada entri yang dipilih denaihati dan satu backlinks kepada penaja Asamboi.my.
- Wajib memasang salah satu banner Denaihati 
- Review terbaik dan memenuhi syarat bakal memenangi RM100 
 

Aplikasi iOS dan Android Denaihati

Seriously, tell me berapa orang blogger di Malaysia ni yang ada aplikasi telefon pintar untuk blog mereka sendiri. Ternyata Denaihati ni bukan calang-calang blogger. Aplikasi Denaihati dilancarkan sejak 2012 untuk pengguna Android kemudian diperluaskan kepada sistem iOS pada awal 2014.



Pembaca boleh memuat turun aplikasi Denaihati Network secara percuma menerusi App Store bagi pengguna iOS, dan Google Play bagi pengguna Android. Menerusi aplikasi ini, lebih mudah buat pengguna untuk membaca entry terkini mahupun terdahulu dari DH. Anda juga boleh berkongsi entry menarik dengan rakan di laman sosial dengan hanya 'tap' butang Facebook dan Twitter yang tersedia.

Apa yang penting, ia bukanlah aplikasi picisan atau 'tangkap muat' seperti kebanyakkan aplikasi yang terdapat di Google Play. Tetapi aplikasi yang dibangunkan oleh Eizil Network & IT Solutions ini cukup menarik, memiliki paparan yang berkualiti dan tampak profesional. Selain 'friendly user', aplikasi ini dilihat selari dengan peredaran zaman di mana kita boleh mendapat informasi hanya melalui telefon pintar pada bila-bila masa, di mana jua. Ia turut mendapat respon yang positif dari pengguna yang telah memuat turun aplikasi ini. 


Kembara Palestin dan Turki

Kembara Denaihati ke bumi Palestin tahun lalu turut menarik perhatian ramai. Bukan senang untuk menjejakkan kaki ke sana kerana terpaksa melalui pemeriksaan ketat di sempadan Israel. Denaihati turut berpeluang melawat Masjidil Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis. 
Bukan sahaja banyak berkongsi pengalamannya di Masjidil Aqsa malah turut menyatakan info menarik tentang kiblat pertama umat Islam itu. Turut diselitkan pencerahan tentang Masjidil Aqsa bukan Dome of Rock yang sebelum ini banyak mengelirukan umat Islam.


Begitu juga dengan kembara Denaihati ke bumi Turki untuk menjejaki legasi Islam yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Selain itu mereka turut menziarah makam Nabi Ayub a.s, Nabi Ilyasa a.s. Paling menarik, Denaihati dibawa ke Kota Urfa di mana tempat Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud.

Replika tempat Nabi Ibrahim dihumban ke dalam api
Satu perkara lagi yang membuatkan saya tertarik dengan blog Denaihati,  jika pelancong lain yang terbang ke Turki, mereka akan pulang bersama  gambar berlatarbelangkang Hagia Sophia. Tetapi tidak bagi team Denaihati, berkunjung ke Turki adalah untuk menjejaki sejarah para nabi dan ilmuan Islam, serta melihat keindahan alam.

Contest iPhone 5 Gaget Impian

Walaupun contest ini telah lama tamat, namun ia tetap segar dalam ingatan blogger tempatan kerana menawarkan hadiah lumayan. Bukan satu iPhone 5 yang ditawarkan, tetapi lima! Tidak cukup dengan itu hadiah wang tunai turut dimenangi oleh peserta.

Contest tersebut merupakan salah satu contest yang terbesar yang pernah dianjurkan Denaihati. Contest itu juga memberi impak yang besar terhadap blogger tempatan menerima ramai penyertaan. Blogger bukan sahaja dapat bersaing secara sihat malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim apabila kebanyakkan mereka saling membantu antara satu sama lain.


Well, Contest iPhone 5 Gaget Impian adalah contest pertama anjuran Denaihati yang saya participate. Walaupun gagal memenangi sebarang hadiah, namun pengalaman menyertai contest tersebut adalah PRICELESS. 

Contest ini dianjurkan oleh Denaihati dan ditaja oleh Asamboi.my


 Copy kod di bawah untuk mendapatkan banner #PrayForMh17
<a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>
 
Jemput singgah ke entry contest Buffet Ramadhan Casa Ombak

Previous entry: Jadual Piala Malaysia 2014

Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. terima kasih sebab sudi sertai kontes dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. hemm..ada review contest rupanya. tak perasan la plakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. otai mcm en titan pun boleh join. haha!

      Delete
  3. Review yg menarik..entri contest denaihati memang seringkali mendapat sambutan hangat sebab hadiahnya yg lumayan..berbaloi-baloi.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Good luck... rajin Khazami... saya pun suka baca entri di DH... tapi saya xserajin Khazami nak masuk contest... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la rajin sangat.. cuba nasib je madam.. hehe! :p

      Delete
  5. salam ukhuwah..im a new blogger..jadi keismpulan yg saya boleh buat unutk jadi blogger yang dikenali dan hebat ialah wajib RAJIN.hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top