BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK

22

Apabila tibanya Ramadan, pastinya pada bulan yang mulia ini ramai umat Islam sibuk memikirkan mengenai juadah berbuka puasa. Ada yang gemar berbuka di rumah, restoran, dan tidak ketinggalan menikmati buffet Ramadhan.
Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan ingin merasa makanan ala kampung, saya cadangkan satu tempat menarik untuk anda berbuka bersama keluarga dan rakan, iaitu di BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK yang ditawarkan oleh Ombak Creatives



Buffet Ramadhan Casa Ombak

Selepas seharian menahan lapar dan dahaga, biarkan pihak Casa Ombak bersama tukang masak dan krew berpengalaman menghidangkan anda juadah berbuka puasa ala kampung yang lazat. Menu tradisional seperti gulai kawah, ayam masak merah, ikan bakar, ayam percik, gulai tempoyak, dan ulam ulaman pastinya membangkitkan nostalgia tersendiri. 



Lebih menarik, anda boleh melangkah ke stall (gerai) terbuka untuk memilih pelbagai seleksi lauk-pauk masakan Melayu citarasa tempatan yang memikat selera anda.

Ramadan tidak lengkap tanpa pencuci mulut, dan saya pasti pengunjung akan tertarik melihat deretan kuih muih tradisional seperti karipap, seri muka, talam, kuih lapis, rojak buah, dan sebagainya untuk dinikmati.




Selain daripada keenakan dan pelbagai pilihan makanan, suasana ala garden dan santai yang ditampilkan turut memberi 'kredit tambahan' kepada Casa Ombak untuk anda berbuka puasa.


Harga


Hidangan ala buffet ditawarkan pada harga RM55 bagi dewasa, dan RM 27 bagi kanak-kanak (5 - 12 tahun).

Jika anda mencari buffet ramadhan 2014 yang murah dan berbaloi, CASA OMBAK adalah pilihan yang tepat.

Lokasi



Casa Ombak terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur. Tidak susah untuk mencari lokasi Casa Ombak ni sebab ia terletak di tengah ibu kota. Lebih mudah jika anda taipkan sahaja alamat Casa Ombak pada peranti GPS atau di telefon pintar anda.

Tempahan

Casa Ombak membuka tempahan kepada sesiapa sahaja samada individu, kumpulan, keluarga, mahupun syarikat. Untuk tempahan bolehlah hubungi:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

 
Kenapa Anda Perlu Berbuka di Buffet Ramadan Casa Ombak?

Berpengalaman - Ombak Creative memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan katering dan majlis, sudah pasti mereka sudah arif dalam menyajikan hidangan buat pengunjung.

Hidangan tradsional - Menikmati hidangan warisan di tengah-tengah kota raya tentu mengingatkan anda terhadap masakan ibu di kampung, apatah lagi tatkala berbuka puasa.

Ala garden - Menawarkan konsep ala garden, pastinya memberikan suasana santai dan tenang buat pengunjung ketika berbuka bersama yang tersayang.

Berpatutan - Harga yang ditawarkan cukup berpatutan setanding dengan kepelbagaian hidangan yang lazat, servis, serta suasana yang tenang.

Tempat solat - Bagi yang tinggal jauh dari lokasi Casa Ombak dan bimbang jika terlepas waktu Maghrib, jangan risau kerana pihak Casa Ombak turut menyediakan tempat solat.


 

Siapa Ombak Creative?

Ombak Creative merupakan sebuah syarikat pengurusan majlis milik bumiputera di bawah naungan Casa Ombak Sdn. Bhd. Team Ombak Creative telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan katering, majlis perkahwinan, korporat, dan persendirian.

Bagi pengunjung yang bercadang untuk melansungkan perkahwinan, pertunangan, majlis hari jadi, dan sebagainya bolehlah berhubung dengan Ombak Creatives.

Ombak Creatives turut manaja lokasi mengambaran muzik video 'Kesimpulan', nyanyian Hafiz
Majlis hari jadi
Respon Positif

Buffet Ramadhan Casa Ombak turut menerima respon positif dari pelanggan yang pernah merasai hidangan di sana. Ini terbukti apabila mereka memuat naik status di laman sosial berserta komen tentang servis yang diberikan.


Jangan lupa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan dengan juadah tradisional yang enak dengan berbuka di Casa Ombak! Selamat berpuasa! :)
 

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.comInspired MagazineProfhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD.


Previous entri: Jadual Peperiksaan UPSR 2014 
Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Berbaloi untuk mencuba buffet Ramadan casa ombak ini.harganya memang berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi sebab banyak pilihan makanan...

      Delete
  2. Salam Ramadhan... semoga mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda. Semoga berjaya dengan contest yang disertai, peluang menang tetap ada untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. good luck juga utk contest ni dan selamat berpuasa!

      Delete
  3. Terima kasih sudi join..good luck semoga tersenarai sebagai pemenang :)

    ReplyDelete
  4. lama dah tak makan buffet huhu. . .

    ikhlas dari - syokbah.com -

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba di Casa Ombak ni.. Memang berbaloi.. :)

      Delete
  5. semoga berjaya dalam contest ini...

    ReplyDelete
  6. ada cendol tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak ade ke tak.. tapi kalau ade best jugak..

      Delete
  7. semestinya best ni. semoga sukses untuk Contest Duit Raya Casa Ombak ni.

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar pun dah rasa tertarik nak berbuka puasa di Casa Ombak..mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sedap dan berbalo sebab ramai yang bagi respon positif

      Delete
  9. untung siapa yang dah singgah sana...... good luck untuk contest ni yaa...

    amal singgah sini..moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin..

    ReplyDelete
  10. Assalam...agak sukar nak pilih yg terbaik sbb semuanya terbaik. Saya ucapkan terima kasih & semoga berjaya.

    ReplyDelete
  11. Haha.. Pick wisely.. terima kasih sudi anjur contest ni.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top