REVIEW BUKU: The Scorch Trials

13
Siri The Maze Runner karya James Dashner sememangnya tidak mengecewakan, hasilnya terbukti dalam siri kedua iaitu The Scorch Trials yang menceritakan kesinambungan Thomas dan para Gladers selepas berjaya melepaskan diri dari Maze (pagar sesat).

The Scorch Trials (TST) mengisahkan pengembaraan Thomas  dan rakan-rakannya yang menyangka melepaskan diri dari Maze (boleh rujuk review buku pertama untuk sinopsis ringkas) bererti bebas dan terselamat dari makhluk pembunuh, Grievers. Akan tetapi sangkaan mereka meleset. Rupa-rupanya mereka diletakkan di dalam Maze oleh World In Catastrophe: Killzone Experiment Department (WICKED), iaitu sebuah pertubuhan gabungan dunia yang mencari penawar kepada penyakit yang kini melanda dunia iaitu Flare.

WICKED menggunakan mental, fizikal, psikologikal dan emosi para Gladers sebagai eksperimen tentang bagaimana otak mereka bertindak balas untuk menyembuhkan wabak Flare yang telah membunuh ramai manusia (that's what WICKED said).  Manusia yang telah dijangkiti Flare yang dipanggil 'Cranks' akan terdorong untuk membunuh hidupan lain. *Sepanjang pembacaan, saya penggambarkan Cranks seperti zombi.*

Maze hanyalah permulaan, ujian kedua baru sahaja bermula, The Scorch. Pada awal buku kedua, Thomas dan Gladers ditugaskan oleh WICKED supaya menuju ke utara untuk ke 'safe haven' yang dikatakan terdapat penawar kepada penyakit Flare. Mereka diberikan masa selama dua minggu untuk menyeberangi The Scorch, sebuah gurun panas yang melampau.

Di sini, mental dan fizikal Thomas dan lain-lain benar-benar diuji. Sepanjang perjalanan, mereka terpaksa berdepan dengan 'Cranks' iaitu kumpulan manusia yang telah dijangkiti Flare. Bagaimanapun, Thomas dibantu oleh Jorge dan Brenda, iaitu Cranks untuk menyempurnakan misi mereka ke Safe Haven. 

Pelbagai persoalan bermain difikiran Thomas sepanjang perjalanan mereka. Bagaimana pihak WICKED sanggup membunuh remaja di dalam Maze, menghantar mereka ke Scorch yang berbahaya demi mencari penawar. Kewujudan the other Maze tetapi dihuni oleh remaja perempuan yang melalui pengalaman sama seperti Gladers, dikenali sebagai Group B. Ditambah pula dengan kehilangan Teresa sebelum mengkhianati Thomas dan Gladers.


Cetus Tanda Tanya

Kerana terlalu suka akan buku pertama seperti yang saya mentioned dalam entri INI, menyebabkan saya terus dapatkan sequel kedua untuk mengetahui kesinambungannya. TST digarap berbeza berbanding The Maze Runner. Biarpun 80 peratus berlatarbelakangkan The Scorch, ia sedikit pun tidak membuatkan pembaca merasa bosan. Ini kerana ketika membaca, anda pasti bersama-sama Thomas berusaha untuk ke Safe Haven, namun dalam masa yang sama mencari siapakah yang berada dipihak yang benar. Lebih membingungkan selepas Thomas mendapati papan tanda bertulis, "Thomas, you're the real leader" di seluruh bandar The Scorch. James Dashner mencipta plot yang menarik membuatkan pembaca terus berteka-teki hingga ke helaian terakhir. 

Penuh Debaran

Dashner masih lagi menerapkan elemen yang mendebarkan sepanjang penceritaan. Pada beberapa ketika saya mendapati diri saya memegang buku hanya beberapa inci sahaja dari muka. Haha!! Tertanya-tanya apa yang bakal terjadi selepas ini selepas satu persatu perkara yang tidak dijangka berlaku. Kegagalan Thomas menjejaki Teresa dan tidak semena-mena Teresa mengkhianati dan cuba membunuhnya. Terperangkap oleh Cranks yang hampir membunuhnya. Kemunculan watak Brenda sedikit menceriakan suasana walaupun karakternya masih lagi samar-samar (at least she's cooler than Teresa).


Keseluruhan

Secara keseluruhannya, The Scorch Trials memang hebat. Penuh dengan aksi dan misteri walaupun kebanyakkan persoalan tidak terungkai kerana Dashner mengajak pembaca untuk memiliki buku ketiga. Namun, pengalaman ketika membaca buku ini sememangnya 'unbelievable'!  

Makan masa jugak untuk buat ulasan buku The Scorch Trials ni sebab tengah baca sekuel ketiga, The Death Cure.. :)

Buku The Death Cure dah siap direview. Rujuk entry INI

Review buku terdahulu:

- The Maze Runner 
- Cerita Cinta Ahmad Ammar
- Buku Trilogi The Hunger Games
- More Than This


Previous entry: Cara Mudah Semak Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia 

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. salam...hai..mcm best je buku yg ni...mcm lg dahsyat..tp nk tgu filem kua...hehe...sbb malas nk bce..

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie keluar september 2015, saya tak boleh sabar sebab tu baca buku.. hehe!

      Delete
    2. Ohhh..yeke...saya dah tgk movie the maze runner...best..sgt menarik ceritanya...pinjam buku boleh...hehe...gurau je..

      Delete
    3. saya dah lama baca buku ni tapi movie tak tengok lagi! isk!! boleh je pinjam..

      Delete
  2. saya baru tau movie tu adaptasi novel...sbb saya tak minat sgt novel english..hihi..tgk la movie nya...awak boleh compare nanti..jalan cerita dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas saya beli buku baru tahu dia akan dijadikan movie.. selamat menunggu The Scorch Trials.. :)

      Delete
  3. this upcoming 18/08/2015..film The scorch trials..cant wait for it..seriouslyyyyyy...dah lma mengidam beli kesemua sequel dan prequel novel ini...sya pun mengidam semua novel THG...tpi, duit xde T_T...jdi, sya bca smua review2 kedua-kedua buah novel trologi TMR & THG..smua review akk sye dh bca..Trilogi Divergent best jgk..you should read it :D ...sya peminat novel BI bergenre dystopia, sci-fic, adventures... watak brenda dlm TST mmg mnjadi kegemaran sya even sya mahu thomas bersama teresa...hahaha..tq for this review...by the way, tahun 2016 akn kluar smbungan THE KILL ORDER..yg brtajuk THE FEVER CODE..psal newt x silap..happy waiting...hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak baca divergent sebab saya dah tahu ending dia macam mana. nanti tak syok pulak.. hehe! You should reg THG. tak akan menyesal!

      Thanks sudi baca blog review saya! :D

      Delete
  4. wlcm..haha..Divergent last2 Tris mati T_T...hahaha..THG mmg nk beli yg boxset pnye tpi duit xde...umur 16 kn duit msih kurang..hahaha...mcm la siri TMZ pun...huhuhu...Apa apa pun, Let's wait 4 Movie The scorch trials & Mockingjay :- part 2...huhuhu...by the way, sye dh jdi peminat sakk & akk pnya blog..huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks!! tunggu review buku seterusnya! :D

      Delete
  5. Btw, Novel Legend trilogy dengan Delirium trilogy pun best jgk...Novel Legend x silap tahun depan movie dia akn keluar...huhuhu...You should try and read thats both trilogy..best kott...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. i heard Legend tu best. tapi susah nak cari kat local bookstore

      Delete
  6. Legend mmg pyah skit nk carik..carik at MPH bookstores. In Shaa Allah adee...hahaha..best jln crita dia...boleh kahwin dgn THG hahaha :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top