Cara Mudah Semak Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia

1

Akhirnya penantian selama empat tahun oleh seluruh peminat bola sepak kini tiba ke penghujungnya, Piala Dunia FIFA 2014 bakal membuka tirainya pada awal pagi esok 13 Jun, jam 4am dengan menyaksikan pasukan Brazil dan Croatia melakukan sepak mula.

Disebabkan beza waktu antara Malaysia dan Brazil adalah kira-kira 11 jam, kesemua perlawanan bakal berlangsung pada awal pagi. Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah buat kaki bola kerana sudah terbiasa menonton English Premier League sepanjang tahun. 

Walaupun saya telah sediakan jadual lengkap dalam entri INI, namun pihak Google menyediakan jadual perlawanan Piala Dunia waktu Malaysia di enjin carian itu untuk memudahkan pengguna internet. Caranya adalah seperti berikut:


1. Taipkan kata kunci "world cup 2014" di enjin carian Google - Secara automatik akan memaparkan tarikh dan waktu (Malaysia) perlawanan terdekat dengan hari anda melakukan carian.


2.  Klik di bahagian yang memaparkan tarikh untuk mengetahui pasukan mana yang berentap pada tarikh yang dihitamkan.


3. Anda boleh klik di column 'Groups' untuk mengetahui mata yang telah dikumpul oleh setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing.



4.  Di column '2nd Stage', menunjukkan jadual pusingan kedua bagi pasukan yang layak ke peringkat kalah mati, suku akhir, separuh akhir, dan final berserta tarikh dan waktu perlawanan. 


5. Jika anda klik pada pasukan tertentu ia akan memaparkan tarikh dan waktu perlawanan berserta info pasukan itu sahaja.






Jadual Piala Dunia yang tersedia di laman Google ini lebih mudah dan efektif. Anda boleh semak perlawanan hanya dengan menggunakan telefon pintar anda di mana-mana sahaja.

Thanks Google, kini hidup para kaki bola lebih senang dan teratur.. KahKah!


Previous entry: WW: Latest Purchase!

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. senang sangat cara ni, mesti hari-hari kena tengok keputusan....heee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top