#PrayForTRW

4

Entah malapetaka apa yang berlaku di kem The Red Warriors, kalah 4-0 kepada Sime Darby dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super, kemudian dimalukan Sarawak dengan 0-1 di laman sendiri. 

Terbaharu, dibelasah empat gol tanpa balas oleh South China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Piala AFC. Melihat kepada prestasi semasa yang tidak konsisten memaksa pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat rombakkan kali kedua pada perpindahan bulan April.

Pemain import, Obinna Nwaneri dan Mohammad Ghaddar adalah antara nama yang sudah pasti digugurkan atas persetujuan bersama dan bakal digantikan dengan Prince Tagoe dan Hussein Alaa Hussein.


Kehilangan Obinna Nwaneri sudah pasti akan dirasai khususnya dibahagian pertahanan. Jasa beliau sepanjang bersama Kelantan sebagai bek kental sejak 2012 akan tetap dikenang.  

Kita harus ingat bahawa TRW sedang menjalani proses membina kembali runtuhan selepas penghijrahan beberapa tonggak utama akhir musim lalu. Jadi kesan yang ditinggalkan memberi impak yang negatif buat pasukan. Aksi yang tidak konsisten, benteng pertahanan kerap melakukan kesilapan, ketumpulan di bahagian serangan, dan corak permainan yang membosankan.

Semestinya pengurusan KAFA terutama penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa tidak akan berdiam diri melihat kemerosotan prestasi TRW. Selain membawa masuk Prince Tagoe dan Hussein Alaa, TRW sebelum ini telah mengikat bekas pemain kelab Rukyu FC, iaitu Wan Zack Haikal, bagi mengharungi baki saingan Liga M. Walalupun Wan Zack masih belum pulih dari kecederaan, beliau dijangka mampu memperkuatkan skuad Kijang berdasarkan pengalamannya di Jepun dan Harimau Muda.


Kemasukkan Fitri Omar, Wan Zaharul Nizam, dan Brendan Gan merupakan antara pembelian paling berbaloi musim ini apabila mereka menunjukkan prestasi cemerlang setiap kali diturunkan. Terkini, bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), George Boeteng dilantik sebagai ketua jurulatih baharu TRW menggantikan Steve Darby. 

Penghijrahan dan kemasukkan muka baharu bukanlah sesuatu yang asing dalam bola sepak. Jangan cepat menghukum sebelum melihat hasilnya, kerana pengurusan sekarang adalah pengurusan yang sama yang membawa semua piala ke Kelantan. 

George Boeteng, (tegah) jurulatih baharu Kelantan.
Semoga kehadiran pemain dan jurulatih baharu bakal mengubah prestasi TRW dan mengubat kedukaan penyokong. 

Hussein Alaa (kiri), George Boeteng (tengah), dan Prince Tagoe (kanan)
So kalau pengguna laman sosial menggunakan hashtag #PrayForMH370 untuk tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, saya nak guna #PrayForTRW untuk pasukan Kelantan. Dengan harapan supaya TRW kembali ke 'form' asal sebagai sebuah pasukan yang digeruni di Malaysia. Kah! Ini semua ayat nak sedapkan hati.


Previous entry: MOCKINGJAY

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. semoga segalanya akan jadi baik...

    ReplyDelete
  2. Of all players kenapa Nwaneri yang digugurkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari status FB TSAM, pemain yg digugurkan ada masalah disiplin & besar kepala. tu pun berdasarkan penilaian pegawai..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top