Artis Malaysia dan David Correy dalam Lagu Tema Piala Dunia 2014

0
Bahang Piala Dunia FIFA 2014 semakin dirasai dan menjelang kejohanan bola sepak terbesar dunia yang dijadualkan berlangsung pada Jun itu, tiga artis tempatan dijemput untuk mempersembahkan lagu tema Coca-Cola, 'The World Is Ours' untuk kempen piala berprestij itu.

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai,dan Soo Wincci, bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular; serta pemuzik handal, Mista G, akan bergabung dengan finalis rancangan realiti X-Factor, David Correy dalam mendendangkan lagu tersebut.

'The World is Ours' mengetengahkan vokal pop Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba dari Brazil, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia. 

David Correy
Pengurus Kumpulan untuk Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette, berkata kebanyakan orang di luar Brazil terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu kerana tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari

"Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini", katanya.

David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor USA 2012 dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.

Correy teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola dan menganggap kerjasama ini adalah atu penghormatan yang luar biasa buat dirinya.



Menurut Correy, beliau tersentuh apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertama. Kerana bait-bait lirinya yang berbunyi "run like you’re born to fly, Live like you’ll never die", menggambarkan prinsip hidupnya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang. 

"Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini", tambah Correy.

Menurut Lim Yvette, muzik yang disampaikan dalam beberapa kejohanan sukan anjuran kami seperti FIFA dan Olimpik, menampilkan artis yang benar-benar berbakat seperti David untuk mencerminkan jenama Coca-Cola yang optimis dan positif. 

"Kami yakin kisah hidup David dapat menjadi inspirasi kepada warga Malaysia, terutamanya golongan belia yang mempunyai inspirasi tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai impian masing-masing", katanya.
 
Masti G
Ajai

Soo Wincci
Antara penyanyi tempatan yang bersama-sama Correy dalam menyanyikan lagi The World Is Ours ialah penyanyi dan komposer, Ajai, bekas Ratu Cantik dan penyanyi, Soo Wincci, serta penyanyi Mista G.


The World Is Ours telah pun berkumandang corong radio tempatan, manakala muzik video bakal dilancarkan Mei ini.

Lagu Tema Piala Dunia 'This World Is Ours' Versi Malaysia:




Klik sini untuk muat turun!



Previous entri: Buku Trilogi The Hunger Games

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top