(Sinopsis) Romi Cinta Julia di Tv3

0

Menggantikan Ku Cinta Kau Seorang, saksikan drama terbaru bertajuk ROMI CINTA JULIA di Slot Lestary, setiap Khamis jam 9 malam, di Tv3 mulai 20 Februari 2014 ini.

Drama terbitan Creative Skill Solutions ini menampilkan pelakon Syarul Ridzwan dan Aisyah Hasnaa sebagai teraju utama dan dibantu oleh Aidil Aziz, Aida Aris, dan ramai lagi.

Sinopsis Romi Cinta Julia

Julia merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah yang cukup manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya.  Di kolej Julia mabuk bercinta dengan anak jirannya, Jeff. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja kemudian berkahwin dengannya. 

Malik dan Sabariah tidak bersetuju dengan keputusan itu dan enggan merestui hubungan mereka. Kecewa dengan Julia, Malik dam Sabariah bercadang menjodohkan Julia dengan anak kenalan lama mereka, Romi Suffian yang kini menetap di Australia. 

Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.

Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia, namun Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di daerah lain bagi mengelakkannya dari bertemu dengan Jeff. Walaupun begitu, Julia dan Jeff terus mencari jalan untukbersama. Jeff memberi cadangan kepada Julia untuk turun dari biliknya di tingkat empat apartment kakaknya dengan menggunakan kain yang diikat bersambung-sambung dan dijadikan tali. Walaupun tindakannya itu berisiko, Julia tetap nekad untuk melepaskan diri.

Ketika turun, kain yang diikat itu terputus kerana tidak mampu menampung berat badannya. Julia terjatuh dan cedera parah manakala Jeff yang ketakutan melarikan diri. Julia dikejarkan ke hospital dan dibedah kerana kecederaan pada tulangnya. 

Sejak itu, hidup Julia dirundung malang. Dia kesal kerana Jeff terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Romi mengambil tanggungjawab untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaan Julia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.

Romi berusaha merawat Julia dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan menjadikan Julia sebagai inspirasi kepada bukunya sehinggalah Julia pulih. Julia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya dan merayu agar Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini?

Promo Romi Cinta Julia



Previous entry: BR1M 3.0 Dilancarkan pada 22 Feb 2014

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top