PERUBAHAN NOMBOR AKAUN CIMB

7
CIMB Bank telah mengemaskini sistem perbankan dengan membawa perubahan melibatkan nombor akaun 10 angka berbanding 14 angka sebelum ini.

Nombor akaun pengguna juga dilihat berbeza, di mana bermula dengan nombor '7' berbanding sebelumnya menggunakan nombor '1'


Proses penyelenggaraan yang memakan masa tiga hari itu menyebabkan sistem perbankan melalui 'online' lumpuh, kini kembali beroperasi seperti biasa mulai 3 Februari 2014.

Penjelasan Tentang Nombor Akaun Baru CIMB

1. Nombor akaun lama masih boleh digunakan seperti biasa kecuali untuk perkhidmatan menerusi MyMobile dan Phone Banking.

2. Untuk masa akan datang, kenyataan kewangan dan lain-lain akan hadir dengan menggunakan nombor akaun baharu.

3.  Aplikasi perbankan CIMB menerusi sistem iOS dan Android turut dikemaskini membawakan sokongan penggunaan nombor akaun baru.

4. Pengguna boleh semak nombor akaun baharu dengan beberapa langkah mudah: Login CIMB-click > BizChannel@CIMB > My Accounts > Account Number Lookup

5. Nombor akaun yang tersimpan di ruangan 'Favorite' akan diubah kepada nombor akaun baru secara automatik.

5. Bagi penerima BR1M yang menggunakan perkhidmatan CIMB, anda tidak perlu risau kerana nombor akaun lama masih boleh digunakan.


Untuk maklulumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan 1 300 880 900 (di dalam Malaysia), dan +603 2295 6100 (luar negara) atau hantarkan emai kepada callcentre@cimb.com 

Jangan risau mengenai nombor akaun baru CIMB, tidak ada banyak perubahan yang dilakukan. Duit anda masih di situ. :)

sumber: cimbclicks


Previous entry:  Lagi iPad Mini Untuk Di Menangi Tajaan Western Digital
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Patutlah cuba masukkan duit ke akaun kereta tak boleh tadi...tak tahu pulak tentang perubahan tersebut!

    ReplyDelete
  2. perubahan yang baik. senang sikit nak ingat.. tak banyak nombor kena ingat.

    ReplyDelete
  3. patutla saya baru je perasan yang no. akaun cimb saya singkat sekarang ni. Hehehe... thanks for da info

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top