Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

0

Saingan Liga Malaysia telah pun melabuhkan tirainya beberapa minggu lalu, dan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM diteruskan bagi mengiktiraf pemain liga tempatan.

Kali ini kapten pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan juga anugerah Pemain Tengah terbaik.

Walaupun gagal mendapat tempat dalam skuad kebangsaan, nadi jentera tengah pasukan Kelantan itu disebut-sebut untuk merangkul anugerah tersebut selepas menunjukkan aksi yang menakjubkan sepanjang tahun apabila berjaya membawa skuad The Red Warrior menjulang Piala FA, dan memimpin pasukannya ke final Piala Malaysia.

Mohd Badri yang lebih dikenali sebagai Piya turut menewaskan penyandang anugerah MVP, Norshahrul Idlan Talaha yang sebelum ni pernah mencipta 'hatrik' memenangi dua anugerah itu tiga tahun berturut-turut. 


Selain Piya, Mohd Norfarhan turut menerima Anugerah Penyerang Terbaik menewaskan calon pilihan Amri Yahya dari Selangor dan penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat turut mengekalkan kecemerlangan memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali ke empat berturut-turut.

Melengkapkan hari gemilang buat pasukan Kelantan, pasukan gergasi Pantai Timur itu turut menggondol Anugerah Kelab Penyokong Terbaik.

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013:

PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

PERTAHANAN TERBAIK: Baihakki Kaizan (Lions XII)

PEMAIN TENGAH TERBAIK: Mohd Badri Radzi (Kelantan)

PENYERANG TERBAIK: Mohd Norfarhan Mohamad (Kelantan)

PEMAIN PALING BERNILAI: Mohd Badri Radzi (Kelantan)

PEMAIN HARAPAN TERBAIK: Junior Edstal (Sarawak)

JURULATIH TERBAIK: Dollah Saleh (Pahang)

PEMAIN ASING TERBAIK: Marlon Alex James ( ATM)

KELAB PENYOKONG TERBAIK: Kelantan

PERSATUAN TERBAIK: Terengganu


Semoga kemerlangan ini berterusan pada musim-musim akan datang. #GKG

Previous entry: Senarai Pemain Kelantan 2014

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top