Senarai Pemain Kelantan 2014

0

Berikut merupakan senarai rasmi pemain Kelantan bagi mengharungi musim 2014 yang diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.


Beberapa muka baru dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa tonggak selain memperkenalkan tiga awang import yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia dan Piala AFC.

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2014

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
3. Syazwan Yusoff

4. Aziz Ismail
5. Faiz Suhaimi (Presiden)
6. Tuan Faim (Presiden)
7. Faizul Nazlin Sayuti (Presiden)
8. Nik Shahrul Aziz
8. Zairul Fitree Ishak
9. Farishan Ismail
10. Nazri Ahmad (JDT)
11. Obinna Nwaneri 

12. Mohd Badri Radzi (Captain)
13. Mohamad Shawky (Import)

14. Amar Rohidan (Felda United)
15. Tengku Hasbullah (Kedah)
16. Khairul Izuan Rosli
17. Tengku Hasbullah
18. Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda)

19. Mohammed Ghaddar (Import)
20. Forkey Doe (Selangor)

21. Fakri Saarani
22. Shakir Ali (Negeri Sembilan)
23. Famirul Asyraf Sayuti (Sime Darby)

24. Lim Choon Wee (Kelantan Chinese FC)
25. Muhammad Aizat Jaini (UiTM FC)

Walaupun separuh skuad TRW memilih untuk berhijrah ke pasukan lain, namun pihak KAFA tidak berdiam diri. Kembalinya penyerang prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar dianggap tepat kerana beliau pernah membantu Kelantan menjulang trebel tahun lalu, selain sudah serasi dengan rakan sepasukan. Walaupun permainan Mohammed Ghaddar agak selfish, namun beliau membuktikan sikap tamaknya itu membuahkan hasil dan mampu menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu.

Barisan hadapan Kelantan turut diisi pemenang kasut emas 2012 Forkey Doe yang sebelum ini beraski cemerlang bersama pasukan Selangor.

Skuad TRW turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain Middlesbrough dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan defensive midfielder terbaik negara, iaitu Shakir Shaari.

Selain itu, Kelantan membawa beberapa muka baharu antaranya, Brendan Gan, Shakir Ali, Amar Rohidan, Wan Zaharul Nizam, Nazri Ahmad, dan beberapa pemain dari skuad Piala Presiden yang diserap masuk. 

       ------------------------------------------------------------------------------------


Sebahagian besar tonggak TRW memilih untuk berhijrah ke pasukan lain, dan ini adalah cabaran hebat buat pihak pengurusan untuk mengekalkan kecemerlangan sebagai pasukan yang paling berjaya dalam liga bola sepak tempatan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Pasukan Kelantan perlu membina semula runtuhan ini, mengisi semula kekosongan yang ditinggalkan. Berat buat pihak pengurusan, berat lagi buat penyokong.

Kalau tengok lineup pasukan lain, Kelantan yang paling tak best. HAHA!!Nak buat macam mana, jika ditakdirkan TRW terpaksa bermula dari bawah balik macam 2007, apa boleh buat.

Menurut Presiden KAFA, pihak pengurusan tidak tidak meletakkan apa-apa sasaran musim depan. Bagus la, turus selaku pasukan 'underdog', fokus bentuk keserasian antara pemain. 

Pemain dan jurulatih datang dan pergi, tetapi penyokong tetap setia di sini.


p/s: Lambat update, cerita basi. Stupid Streamyx is being stupid.

Previous entry:
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku di Tv3

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top