Malang Bertimpa-Timpa di Kem TRW

2

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan situasi yang berlaku kepada pasukan Kelantan ketika ini. Musim 2014 masih belum membuka tirai, namun penyokong Kelantan sudah disajikan dengan pelbagai cerita, kontroversi, serta skrip yang tidak diduga.

Selepas gagal mempertahankan Piala Malaysia yang jatuh ke tangan Pahang pada Oktober lalu, pasukan Kelantan menerima tamparan hebat apabila kehilangan sebahagian besar tonggak utama yang selama ini menjadi nadi kekuatan pasukan itu.

Skuad The Red Warriors turut terpalit dengan beberapa kontroversi perpindahan iaitu Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, Mohd Norfarhan Muhamad yang dikhabarkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan dari selatan tanah air tetapi membuat 'pusingan U' dengan menyertai Terengganu, dan benteng kental Johor DT, Nazri Ahmad yang sah bakal bersama Kelantan pada musim depan, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama Selangor sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pasukan juara tiga piala itu juga terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat pemain dari Australia, Brendan Gan sebagai pemain tempatan berikutan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan Kafa yang lebih memilih taraf kewarganegaraan. Tindakan itu menimbulkan persoalan kerana FAM sebelum ini membenarkan Syed Adney Syed Hussein dan Junior Eldstal yang lahir di England beraksi sebagai pemain tempatan.





Keputusan 'pilih kasih' FAM itu bagaimanapun tidak mengejutkan penyokong TRW kerana apa sahaja yang dilakukan oleh pasukan Kelantan, pasti ada yang tidak kena di mata badan induk itu.

Terbaharu, perletakkan jawatan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dikatakan tidak sesuai dengan keadaan yang berlaku di kem Kelantan yang mengalami rombakkan besar-besaran selepas penghijrahan bintang utama ke pasukan lain. Pasukan Kelantan dilihat masih lagi memerlukan khidmat beliau untuk mengharungi Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

TSAM merupakan individu yang mengemudi pasukan Kelantan dari 'zaman gelap' (liga FAM) kepada sebuah pasukan yang paling berjaya di Malaysia sejak lima tahun kebelakangan ini. Tanpa kelibat beliau selepas ini, diharap penggantinya dapat memberi sepenuh komitmen seperti mana yang pernah dilakukan TSAM sebelum ini.

Disaat pasukan lain sudah mempunyai gambaran jelas mengenai barisan pemain untuk mengharungi kancah Liga M musim depan, pasukan Kelantan terus ditimpa malang. Ramai yang meramal TRW tidak lagi menjadi sebuah pasukan yang digeruni berdasarkan senarai pemain musim depan.

Kehadiran beberapa muka lama dan baru menyarung jersi merah putih diharap mampu mengekalkan momentum TRW dalam Liga M, sekaligus dapat merawat duka para penyokong fanatik Kelantan.

Tiada kejayaan yang datang dalam sekelip mata, atau mudah dibeli dengan wang ringgit. Kejayaan hadir selepas disusuli dengan usaha yang berterusan.



Previous entry: Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kelantan sentiasa dibuli, itu lumrah. Tapi pepatah orang putih ada menyebut "What doesn't kill you, makes you stronger". Semoga Kelantan bangkit dengan lebih kuat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tahu Kelantan bakal bankit dgn lebih mantap dgn muka baru..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top