(Sinopsis) Benci Vs Cinta di Astro Ria

4


Setelah tayangan drama bersiri Dalam Hati Ada Taman (DHAT) mencipta kejayaan tersendiri dengan mempertaruhkan bintang Indonesia, Randy Pangalila, Astro Ria ingin mengulangi kejayaan itu menerusi BENCI VS CINTA dengan menggandingkan Randy bersama Nora Danish.

Drama rantaian 13 episod ini merupakan sebuah lagi buah tangan terbaharu daripada Cube Film Sdn Bhd dengan sentuhan pengarah terkenal, Michael Ang. Drama yang bergenre komedi romantik ini turut menampilkan Salina Saibi, Sharifah Sakinah, Amyza Adnan, Eida Moin, Marsha Milan London, Didie Alias, dan ramai lagi.


Benci Vs Cinta bakal bersiaran mulai 9 September 2013 setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria.


Sinopsis Benci Vs Cinta
Mengisahkan Alisa (Nora Danish) yang mempunya sebuah gerai menjual ayam di pasar dan memiliki pekerja dari Indonesia bernama Anang (Randy Pangalila). Anang merupakan seorang yang malas berusaha dan sering tidur. Meskipun sering ditegur oleh Alisa, Anang tetap dengan sikapnya yang malas.

Randy Pangalila pula seorang pelakon terkenal Indonesia yang sedang melakukan penggambaran di Malaysia. Telah ditakdirkan, wajah Anang dan Randy saling tak tumpah walaupun mereka bukan bersaudara.

Suatu hari, Randy terserempak dengan Anang dan mereka membuat keputusan untuk bertukar identiti dan sejak itu pelbagai kisah lucu berlaku apabila masing masing cuba menyesuaikan diri.

kredit: Sinar Harian
Selamat menonton!


Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mmg best!!! episode pertama pun dh best...!!! x sabar next episode..!!!

    ReplyDelete
  2. mmg best!!! episode pertama pun dh best...!!! x sabar next episode..!!!

    ReplyDelete
  3. Betul..citer nie bru ep.1 dh best..x sbr nk tgk next week..mesti si alisa ingat randy adalah anang sbb wajah serupa waktu randy kluar dating dgn miranda gedik tue ehe..jgn2 randy cinta kan alisa, dan anang menyintai gadis lain nanti...x sbr2 nk tgk!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top