(Sinopsis) Setia Hujung Nyawa Raya

0

Berikutan sambutan luar biasa yang diterima terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang bersiaran di Slot Akasia tempoh hari, pihak produksi Suhan Movies Sdn Bhd akan menyajikan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempena Aidilfitri ini.

Telemove ini masih lagi mengekalkan pelakon asal seperti Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Hairul Azreen, dan Zila Bakarin, namun karya yang pernah mencipta fenomena awal tahun lalu tampil lebih menarik dengan kehadiran beberapa watak baru lakonan Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Ruminah Sidek dan Aedy Ashraf.



Setia Hujung Nyawa Raya bakal bersiaran pada malam raya, 7 Ogos 2013 pada jam 9 malam hanya di Tv3.

Sinopsis Setia Hujung Nyawa Raya 

Setia Hujung Nyawa Raya mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin, Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan umrah.  

Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul yang cuba menawan kembali hatinya. 

Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi. Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.

sumber: mymetro

 Selamat menonton!


Previous entry: Kenyataan FAM Tahun 1999

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top