Undi Peserta Mencari Ramli dan Menangi Peluang Menyaksikan Manchester United!

3
Hello internet! Dah tengok Mencari Ramli musim kedua (MR2) di Tv3? Bagi yang belum, program mencari terbitan Telekom Malaysia (TM) ini bersiaran bermula 19 April 2013, setiap Jumaat jam 7.30 malam, di Tv3!
Menerusi rancangan ini anda bukan sahaja dapat menyaksikan kelincahan peserta beraksi di atas padang. Tapi, ada sesuatu yang menarik buat penyokong The Red Devils di luar sana! 

Dengan menonton Mencari Ramli, anda berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Manchester United secara live! Lebih menarik, kesemua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TM! Best kan?


Caranya mudah je, cuma tonton program MR2 di Tv3 mulai 24 May hingga 28 Jun dan undi peserta kegemaran anda yang terdiri daripada 30 orang finalis. Oleh kerana MR2 bakal menobatkan dua pemenang di mana salah seorang akan di pilih oleh juri profesional, manakala seorang lagi melalui undian. Jadi anda di rumah boleh memilih 'Ramli' yang anda rasakan paling berpotensi!

Cara mengundi adalah seperti berikut:

Taip VOTE(Jumlah undi:5/10)<Jarak>RAMLI(Dua nombor digit: 1-30) hantar ke 26268

Contoh: VOTE RAMLI07 - Hantar 1 undi untuk peserta bernombor 07 
            VOTE5 RAMLI05 - Hantar 5 undi untuk peserta bernombor 05

**SMS pertama adalah percuma (bergantung kepada jumlah undi)
* Kadar untuk setiap undian - 1 undi = RM0.50, 5 undi = RM2.00, 10 undi = RM3.50
  
Senang kan? Mari tengok hadiah pulak...

- Pemenang utama bakal menikmati peluang menyaksikan Manchester United beraksi disalah satu lokasi berikut: (Bangkok/  Sydney/ Yokohama/ Osaka/ Hong Kong). Segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

- Manakala pemenang mingguan pula bakal menerima barangan Manchester United dengan tandatangan eksklusif!

Fuhh!! Takkan nak lepaskan peluang yang datang sekali dalam seumur hidup macam tu? Dah la dapat tengok Man U beraksi, then tak payah bayar apa-apa pulak tu.. So apa lagi? Tonton Mencari Ramli 2 dan hantarkan undian anda! :D 

Top 3 rankings of RAMLI 1-30 akan disiarkan dalam setiap episod Mencari Ramli 2, dan dua kali seminggu melalui laman rasmi Mencari Ramli 2.




Mungkin masih terlalu awal untuk saya agak siapa yang bakal bergelar 'Ramli'. Namun, setelah beberapa minggu menonton saya tertarik dengan seorang peserta bernama Georgi Kinkladze A/L Tom yang bermain sebagai penyerang. Ketenangan dan kepantasannya ketika mengawal bola sentiasa digeruni benteng pertahanan lawan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan yang dia lah bakal bergelar pemenang.

Mungkin Georgi ialah 'Ramli' yang seterusnya. Namun segala keputusan terletak di tangan juri dan anda sebagai pengundi! 

Antara peserta Mencari Ramli musim pertama
Seperti yang disiarkan melalui iklan, Ramli telah berjaya membuat bapa dan seluruh rakyat Malaysia bangga dengan apa yang telah beliau kecapi. Saya kira itulah tujuan sebenar program ini diadakan.


Bagus sebenarnya program Mencari Ramli ni. Peserta yang terpilih akan dilatih bagai seorang pemain profesional di Frenz United Football Academy. Dari apa yang saya tahu, pihak Frenz United memiliki prasarana bertaraf antarabangsa dari segi kejurulatihan, gymnasium, padang, penyediaan makanan dan penginapan. Tidak hairanlah jika mereka diiktiraf antara football academy yang terbaik di rantau ini. 

Sesiapa sahaja boleh menjadi 'Ramli' asalkan beliau berbakat dan mempunyai keghairahan yang tinggi dalam bermain bola sepak. Program ini mencari bakat yang paling berpotensi, tidak kira beliau seorang penyerang, pertahanan, pemain tengah, mahupun penjaga gol.
 
Saya lihat program ini sangat positif di mana, ia bakal menjadi platform buat remaja untuk meneruskan minat dan kerjaya sebagai pemain bola sepak yang profesional. Mereka mungkin disunting untuk bermain dalam liga tempatan ataupun menyertai skuad Harimau Muda. Tidak mustahil juga jika bakat-bakat dari MR2 ini bakal berkelana ke liga Eropah.

Pada saya program seperti ini wajar diadakan setiap tahun, terutama ketika arena bola sepak negara sudah mula menampakkan tanda-tanda positif ke arah kebangkitannya. Terima kasih TM di atas usaha ini. Kita perlu mencari bakat untuk diketengahkan, sekaligus menjadi pelapis bola sepak negara yang ada sekarang.


Ayuh Team Malaysia! Mari kita sama-sama menyokong sukan bola sepak negara. Eh jangan lupa vote! :)

Dibawakan oleh: 
Twitter : @TeamMsia     

Oh, kalau anda terlepas mana-mana episod MR2, boleh catch up di laman Youtube Team Malaysia!


Previous entry: Mencari Ramli Musim Kedua!

Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Awak ke blogger yang menang ticket ke football match kat MU..tahniah dari saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki.. terima kasih! :D

      Delete
  2. Taniah nik ;) syukur alhamdulillah. Hadiah paling best ever kan ;) #nak ole2 nik ! ;D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top