Mencari Ramli Musim Kedua!

7

Mungkin anda masih ingat dengan rancangan MENCARI RAMLI terbitan Telekom Malaysia (TM) tahun lalu? Mencari Ramli merupakan sebuah program mencari bakat bola sepak bawah 16 tahun yang paling berpotensi untuk mengangkat mutu bola sepak Malaysia.

Musim pertama Mencari Ramli pada 2012 menyaksikan 30 bakat dari Sekolah Sukan Bukit Jalil telah terpilih dan dua peserta dinobatkan sebagai pemenang. Salah seorang darinya telah diserapkan bersama skuad Harimau Muda Bawah 21 tahun, manakala seorang lagi finalis kini berkelana ke Italy menggalas tugas sebagai penyerang pasukan U.S. Arezzo bawah 17 tahun.



Mencari Ramli musim kedua kini kembali dengan misi yang sama dan diperluaskan pencariannya menerusi 12 sesi ujibakat di seluruh negara. Seramai 30 orang peserta akan disenari pendek untuk keperingkat akhir dan dua peserta akan dipilih oleh juri profesional, manakala seorang lagi dipilih melalui undian untuk menjalani latihan di Manchester United Soccer School, berpeluang melawat stadium keramat Old Trafford, serta mendapat biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak Frenz United.

Ini merupakan satu usaha bagi merialisasikan impian seluruh peminat sukan tanah air untuk melihat anak Malaysia atau "Ramli" menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf dunia.

Siapa Ramli? 

'Ramli' merupakan seorang pemain muda bawah 16 tahun yang berbakat dan memiliki skill yang tinggi dalam sukan bola sepak. Beliau juga boleh bekerja dalam pasukan, mempunyai keghairahan dan sikap yang positif.

Objektif
  • Menyediakan platform kepada pemain muda untuk merialisasikan impian mereka.
  • Membantu meningkatkan taraf bakat-bakat muda tempatan.
  • Membuka mata para ibu bapa supaya menyokong anak mereka yang berpotensi dalam sukan bola sepak.
  • Untuk meningkatkan semangat Team Malaysia melalui rancangan realiti ini.
Ramli mungkin seorang...
  • Ramli mungkin seorang penjaga gol terbaik.
  • Ramli mungkin seorang pertahanan terbaik.
  • Ramli mungkin seorang pemain tengah terbaik.
  • Ramli mungkin seorang penyerang terbaik.
  • Namun, apa yang sedang kita cari ialah pemain paling berbakat.
Siri penjelajahan uji bakat telah pun berakhir pada 20 Mei 2013 tempoh hari. Jom lihat antara lokasi yang menjadi medan ujibakat Mancari Ramli!


State
Venue
Date
Kedah
Stadium Mini Jitra
1st– 3rd Feb
Taiping
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb
Manjung
Stadium Mini Manjung
23rd - 25th Feb
P. Pinang
Padang Kelab Kilat TNB
2nd - 4th March
Pahang
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th – 11 March
Terengganu
Kompleks Sukan Gong Badak
15th - 17th March
Johor
Padang Mawar, Pasir Gudang
23rd - 25th March
Kelantan
Stadium Sultan Muhammad ke VI
5th – 7th April
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April
Sabah
Stadium Likas
27th - 29th April
Melaka
Stadium Hang Tuah
11th - 13th Mei
Sarawak
Padang B Petrajaya
18th -20th Mei
 



Mencari Ramli musim kedua bakal menyaksikan detik suka dan duka para peserta bagi merebut gelaran 'Ramli'. Dapatkah mereka menjadikan sebuah impian menjadi kenyataan? 



Jadi, jangan lupa saksikan program Mencari Ramli musim kedua mulai 19 April 2013, setiap Jumaat jam 7:30pm di Tv3!


Previous entry:  #DontYouRemember: Sitkom 2+1
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ooooo mencari ramli ni, macambset jer

    ReplyDelete
  2. peluang terbaik untuk belia menyerlahkan lagi bakat bolasepak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! time ni la diorang nak tunjuk bakat..

      Delete
  3. Macam best je.. thanks share..

    ReplyDelete
  4. Half with the time, buyers can be aware in the event the product these
    are being sold with are fakes, while some are simply duped
    into buying, for any "cheap" price, something they were promised are discounted original luxury watches.
    Don't obtain the impression that is any old round dial watch. The round shape of an timepiece started in the event the clock was invented.

    my website :: watches-bestprice.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top