#DontYouRemember: Sitkom 2+1

4

Hello internet! Siapa pernah tengok sitcom 2+1 terbitan Tv3 pada era 90an dulu? Saya pernah. Hehe..

Siri komedi 2+1 berlatarbelakangkan sebuah unit kondominium yang didiami Sarah dan Mac yang sering menjadi tumpuan jiran mereka iaitu Sam, Ram, Zurina, dan Datuk Jamil bertukar cerita dan bergurau senda.

2+1 dijayakan oleh Imuda, Raja Ema, Ahmad Busu, Jalil Hamid, Louisa Chong, Susan Lankester, Jaafar Onn, Zeila Jalil. 


Saya rasa sitkom ni merupakan antara rancangan popular pada era itu. Mungkin seangkatan dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau mungkin lebih awal dari tu.

Best gila kot 2+1 ni! Kelakar habis, especially Sam yang berperwatakkan lembut lakonan Imuda! LOL! Dulu siap record guna tape VHS lagi. Dan video tape 2+1 ni masih kami simpan tapi mungkin dah rosak. Hehe..


Terkejut jugak bila terjumpa beberapa episod 2+1 di Youtube. Masih ada rupanya orang yang menyimpan siri ni..  Kepada tukang upload di Youtube tu, terima kasih banyak2. Upload la lagi. :) 

Seingat saya Astro pernah buat 're-make' sitkom di menerusi Astro Ria beberapa tahun dulu, tapi masih tak dapat menandingi versi asal.


Previous entry: #WW: Goodbye AFC CUP

Previous #DontYouRemember: Old School Corn Crackers

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. This is my card [gaya Sam] :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA! Betul2.. Tu Sam punya trademark! lol! :)

      Delete
  2. Mintak tolong sangat upload episod 2+1 yang you ada kat tape upload di YouTube please.
    Tak cukuplah episod 2+1 kat YouTube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Tape tu dah rosak.. kalau tak, boleh upload.. :(

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top