Thursday, April 4, 2013

(Sinopsis) Epilog Cinta Khirana di Slot Samarinda



Menerusi Slot Samarinda, saksikan drama bersiri terbaharu berjudul EPILOG CINTA KHIRANA yang bakal menemui anda bagi menggantikan Bangkitnya Seorang Perempuan di Tv3.

Drama rantaian 16 episod terbitan Zeel Production ini diarahkan Azmi Hatta dan skrip ditulis oleh Hasliza Ismail dengan barisan pelakon hebat seperti
Tasha Shilla, Nazim Othman, Aliff Aziz, Fiza Halim, Arash Mohamad, Raja Ilya, Izati Abdullah, Wan Shades, Raja Ema, dan Hairi Safwan.

Epilog Cinta Khirana bakal bersiaran mulai 22 Mei 2013, setiap Slasa Hingga Khamis, jam 10pm di Tv3.

Sinopsis Epilog Cinta Khirana:

Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik. 

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar. 

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel. 

Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu. 

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut.  Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu.  Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.  

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan.  Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya.  Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda.   Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas.  Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.  

Shahrul Azwan mempersoalkan  adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya.  Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu.  Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka.  Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali.  Shahrul Azwan ingin bersikap adil.  Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih.  Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar? 
Sumber: Tv3.com.my 


4 comments:

  1. menarik ni... ^_^ oh, bangkitnya seorang perempuan dah nak expired dah ek... heee...lama betul tinggal...nak kena follow up kat Tonton ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni drama samarinda cepat habis, sebab tayang 1 jam.

      hehehe.. :P

      Delete
  2. dulu rajin tengok drama tapi sekarang kurang sebab jarang tengok tv. kadang kadang nak tengok pun jadi tak best sebab tak follow episod dari awal hukhuk...
    singgah sini baca entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. sebab dok ngadap internet je. Tapi kadang2 tengok jugak slot akasia..

      :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 | NikKhazami Says | by Cik Bulat