"Saya tak minat politik"

2
Bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semakin terasa. Ke mana pun kita pergi, salah satu topik yang rancak dibualkan adalah tarikh PRU13. Pada saat entri ini ditulis, Perdana Menteri Malaysia mempunyai kurang dari dua bulan untuk beliau membubarkan parlimen. 

Ini bermakna, beliau mungkin akan menetapkan tarikh PRU13 pada penghujung Mac atau awal April. Maka, seluruh rakyat Malaysia yang layak bakal keluar membuang undi untuk memilih samada BARISAN NASIONAL ataupun PAKATAN RAKYAT untuk memerintah Malaysia.

Seperti yang diperkatakan oleh para politikus dan penganalisis politik, PRU13 dianggap sebagai 'ibu segala pilihan raya'. Mengapa? pertamanya kerana  parti pembangkang bersatu membentuk PAKATAN RAKYAT. Kedua, impak perhimpunan Bersih dan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat lalu masih segar diingatan rakyat. Ketiga, yang saya kira paling memberi kesan adalah adanya penggunaan internet secara meluas. Berbeza dengan senario 12 pilihan raya sebelum ini di mana rakyat mendapat informasi melalui media-media kawalan kerajaan yang memerintah. Medium internet seperti blog dan sebagainya menjadi tempat pembangkang untuk berkempen.

Tapi persoalannya, adakah anda akan mengundi? Kerana sehingga kini, masih ada individu yang layak berkata "saya tak minat politik" sebagai alasan untuk tidak mengundi. Lebih menyedihkan, mereka masih belum mendaftar sebagai pemilih. Suka atau tidak, mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang layak. Setiap satu undi bakal menentukan siapa pemimpin negara untuk tempoh lima tahun.

Bagi yang 'tak minat' saranan saya pada anda, cuba ambil tahu tentang cerita politik negara. Tapi ingat, jangan bergantung pada satu sumber sahaja. Cuba teliti apa yang disampaikan Buletin Utama dan cuba selami apa yang pihak pembangkang sampaikan secara meluas di internet. Nilai dengan bijak, kemudian terpulanglah siapa pun pilihan anda.

Anda harus menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui negara bukan sahaja demi pertumbuhan ekonomi, pembangunan yang pesat, malah memilih individu-individu yang boleh menyatukan rakyat Malaysia secara adil.

Samada kita sedar atau tidak, kita sedang memilih pemimpin masa depan. Pemimpin sedia ada mungkin baik untuk zaman ni. Tetapi adakah kita mahu kekalkan pemimpin sekarang atau perlu 'berubah angin'?.

Seperti yang saya katakan tadi, cuba nilai kedua-dua belah pihak, tidak perlu terlalu taksub mengatakan satu pihak terlalu baik, dan pihak yang satu lagi jahat. Jangan amalkan politik kebencian kerana itu boleh memusnahkan segala yang tercapai. 

Keluarlah membuang undi pada pesta demokrasi atau hari pilihan raya nantii.
 
Saya? Saya dah cukup umur dan bakal mengundi nanti, InsyaALLAH... :)


Previous entry: (Sinopsis) Surat Dari Langit Biru di Slot Samarinda



Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. politik adalah nadi kemajuan negara. setiap rakyat patut cakna akan perkembangan politik tp bukan taksub dgn politik..

    jika suatu hari nanti anda tak puas hati akan sesuatu sistem/akta/undang2 dlm negara, salahkan diri sendiri kerana tak mengundi..

    jom mengundi! :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top