Tuesday, September 18, 2012

(Sinopsis) Julia di Slot Akasia


Hello internet! Drama Kau Yang Terindah akan melabuhkan tirai tidak lama lagi, dan sebuah drama bertajuk Julia bakal menyusul untuk mengisi Slot Akasia di Tv3.

Julia merupakan drama terbitan syarikat gergasi Primeworks Studios dan diarahkan oleh Jamal Khan serta skrip digarap oleh Sofia J Rhyland.

Drama yang dibarisi pelakon terkenal seperti Fizo Omar, Nabila Huda, Iqram Dinzly, Izreen Azminda, Fouziah Ghous ini menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Korea!



 Foto: Facebook Nabila Huda

Julia bakal bersiaran mulai 24 September 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam, hanya di Tv3.

Sinopsis Julia: 

Mengisahkan cinta di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda). 
Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.

Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya. 

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya. 

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir?  Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir?


sumber: tv3.com.my

Selamat menonton!

p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 | NikKhazami Says | by Cik Bulat