(Sinopsis) Vanila Coklat Raya di Tv3

2

Berikutan sambutan luar biasa yang diterima, pihak produksi  Asia Media Content akan menghidangkan anda dengan telemovie Vanila Coklat Raya bersempena dengan Aidilfitri ini.

Vanila Coklat Raya bakal bersiaran pada HARI RAYA PERTAMA pada jam 9 malam di Tv3!





Sinopsis Vanila Coklat Raya:

Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung. 

Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain. 

Mereka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan pratikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara. 

Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir berkerja.

Sumber: Fanpage Vanila Coklat Official




Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top