(Sinopsis) Miss Octopus di Tv3

2

MISS OCTOPUS mengisahkan persengketaan di antara Oktober dan Asmira yang berlarutan sehingga menjadi konflik besar.

Drama bersiri komedi terbitan PrimeWorks ini menampilkan Rozita Che Wan, Nabila dally, Fahrin Ahmad, Farahlyana, Sophie Han, Nas-T, Talha Harith, Dottie, dan ramai lagi.

Skrip hasil garapan Azlina Pa'Wan dan diarahkan oleh Jamal Khan bersiaran bermula 24 Jun 2012 setiap Ahad, jam 9 malam (jangan ikut masa kat dlm poster di atas) di Tv3.




Sinopsis Miss Octopus:

Miss Octopus menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan menggelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Persengketaan mereka menjadi semakin kelam kabut apabila seorang pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran dan tidak percayakan cinta hanya kerana takut untuk melahirkan bayi, mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza. Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti seorang perempuan yang gedik. Bahkan, setiap peluang yang ada digunakan Cik Oktober untuk berkepit dengan Dr Shah Reza sehinggakan beliau sanggup memasak dan menyediakan bekalan sematamata untuk diberikan kepada jejaka pujaan hatinya.

Namun begitu, Dr Shah Reza yang sememangnya sedar akan minat Cik Oktober terhadap dirinya, tidak begitu selesa dengan sikapnya. Dia sering melarikan diri bagi mengelak bertemu dengan Cik Oktober. Hakikatnya, Dr Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran. Baginya wajah Asmira seakan-akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Malangnya, Cik Oktober mula perasan akan kemesraan di antara Dr Shah Reza dan Asmira. Ini membuatkan perasaan benci dalam diri Cik Oktober terhadap Asmira semakin membuak-buak. Apabila Asmira diundang untuk makan malam bersama Dr Shah Reza, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

sumber: Facebook page Miss Octopus

p/s: Lambat update entry ni. wahahaha


Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. awak, cite ni pukul 10 malam atau 9 malam? konpius tgok kt gmba and bca kt entry.

    ReplyDelete
  2. @♥ Ika Dean ♥ jangan ikut poster tu.. citer ni start pukul 9mlm. heheh :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top