(Sinopsis) Seindah Sakura di Slot Akasia

1

Hello internet! Bagi menggantikan Cinta Buat Emelda, TV3 bakal menyiarkan sebuah lagi drama hebat buat tontonan anda bertajuk SEINDAH SAKURA yang bakal mengisi Slot Akasia tidak lama lagi.

Diadaptasi dari novel 'Seindah Sakura', drama ini dibintangi pelakon terkenal seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi.


Drama arahan Zul Huzaimy ini memilih Kota Paris dan Kuantan, Pahang sebagai lokasi penggambaran.

Saksikan Seindah Sakura setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam, bermula 7 Mei 2012 ini di TV3! 





Sinopsis Seindah Sakura

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Click SINI untuk download drama Cinta Buat Emelda dan click SINI untuk tengok lagi gambar disebalik tabir Seindah Sakura di Paris. Err... Okbai!


Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Dari sini (http://dialoguda.blogspot.com/2012/06/ost-seindah-sakura.html#more) di link ke sini :P

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top