(Sinopsis) Drama TENTANG DHIA di Slot Akasia

5

Hey I'm blogging here! Menyusuli Soffiya, sebuah drama bersiri Tentang Dhia pula akan mengisi slot Akasia bermula 9 November setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam. 

Drama ini dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shila beberapa lagi pelakon hebat tanah air.


Sinopsis Tentang Dhia:
 
"Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).
Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam. "

 sumber: Berita Harian

Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. you mmg ada gaya wartawan.hehe:))

    ReplyDelete
  2. ady putra..hehe..
    nora elena xlayan sbb xbest bg aku la..
    btw, nice info..

    ReplyDelete
  3. macam citer Novel Andai Itu Takdirnya pulak...sebab watak Azril..belajar pulak kat kolej...yang pompuan tu pulak tabah...but i hope tak la sama dengan Novel Andai Itu Takdirnya...sebab Novel Andai Itu Takdirnya is a best seller dan terbaik giler..maybe Tentang Dhiya pun can be a good story..ok..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top